REUPLOAD! manusia memang kejam « T h e S c a r l e t L e t t e r - ♥love you...
Welcome to THE SCARLET LETTER
Thursday, February 12, 2009Y
REUPLOAD! manusia memang kejam

         Paparan kekejaman oleh 360 berkenaan tindakan kejam pihak DBKL terhadap haiwan terbiar membuatkan air mataku tak henti-henti mengalir. Manusia yang diberikan akal fikiran , hati dan perasaaan sanggup bertindak menjerut leher haiwan hidup-hidup.Haiwan yang tidak berdosa menggelepar , tersiksa ,sebelum mati .Kemudian haiwan ini dicampak di dalam satu lubang besar tanpa dikambus . Bangkai kucing dan anjing itu mengundang lagi deruan air mataku...manusia memang kejam. BODOH!( aku doakan org yang bertanggungjawab menyeksa binatang tersebut akan mampos secara terseksa juga)

        Visual yang dipaparkan membuatkan aku seperti hilang akal , dengan air mata yang tak dpt dibendung aku memeluk antonio,snowie, juhi, mimi, bobby,panda,kathy dan cadbury .Aku melihat mata bening mereka , wajah-wajah comel itu mengharapkan belas ikhsan . Aku sedih , mengapa manusia tergamak membunuh haiwan sedangkan kucing adalah binatang kesayangan rasulullah . Walaupun haiwan itu bernama anjing, haiwan itu dicipta Allah juga . Haiwan-haiwan ini berhak untuk hidup .Seandainya haiwan tersebut tidak dituntut , sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menyediakan satu tempat yang sesuai untuk haiwan tersebut . Aku masih tidak bersetuju jika haiwan haiwan ini dibunuh.

         Pekerja DBKL yang berwajah manusia tetapi berhati syaitan sanggup mengejar wang dengan membunuh haiwan .Setiap haiwan ditangkap mereka akan mendapat sejumlah wang mengikut bilangan haiwan yan ditangkap. Ini membuatkan mereka brebut - rebut menangkap haiwan terbiar tersebut untuk dimusnahkan.Sekiranya haiwan ini terpaksa dimusnahkan, mereka sepatutnya menggunakan injektion . Bukan  dengan meragut nyawa haiwan yang tidak berdosa itu dengan cara yang kejam.Namun aku tetap menyatakan yang haiwan ini berhak untuk hidup.Sebagaimana kita manusia , haiwan ini juga perlu dilayan dengan cara yang baik.

         Aku sanggup bertekak lidah dengan sesiapa yang bertindak kasar terhadap haiwan terutamanya kucing. Ada seorang akak di sekolahku yang aku panggil sebagai kak e. Dia sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk operation kucingnya, belum lagi makan -minum dan vaksin kucing. Respek sangat kat dia, dan dia jugalah menjadi tempat aku merujuk berkenaan penjagaan kucing-kucingku.Berpuluh-puluh ekor kucing dipelihara oleh kak e dikampungnnya. Ada juga mulut mulut berbau longkang yang mempertikaikan ," eee tak membazir ke duit beribu setakat nak menyelamatkan nyawa sekor kucing"?.

Ini jawapannya: Orang yang tak ada hati dan perasaaan je yang akan cakap macam tu , kalau kita berkemampuan apa salahnya gunakan duit yang kita ada untuk berbakti kepada haiwan.Kasih-sayang pada haiwan sama juga dengan kasih
sayang kepada anak , kalau dah sayang sanggup buat apa saja kan.

Wahai makhluk yang bergelar manusia, berbuat baiklah kepada haiwan kerana haiwan akan mendoakan kita. Setiap butir makanan yang diberikan kepada haiwan akan diiringi dengan doa haiwan tersebut kepada kita.Setiap rezeki yang kita kongsi bersama haiwan , rezeki kita kelak akan dipermudahkan Allah denganberlipat-ganda. Jadikanlah dunia ini tempat yang lebih baik untuk segala makhluk. Stop animal cruelty
!

to be continued..




qisra
August 2, 2009   10:30 PM PDT
 
Ya Allah,,xsgka ada owg sekejam tu di bumi ni..sedgkn kta sbg manusia pn xsgup melht haiwan lemah ni klaparn, apatah lg nk seksa n bnuh mereka..
qisra sndiri ada bela 9 ekor kucg..bru2 ni 1 ank kucg mati..mama qisra ngis sb sdih sgt..itu la penangan bler kta menganggap haiwan lemah ni spt drh dagg sndri dan kta ptut melindungi mreka..
zaman jahiliah dlu ad seorg pelcur kafir telah mberi seekor anjing yg kehausan mnum air mggunakan ksutnya..Allah tlh mnemptkn dia di dlm syurga..bgaiman pula kalo kita mlakukakn pkara yg dilknatNya?.. insyaAllah,Dia sudah sediakan blsn di dunia dan juga seksa di akhirt..nauzubillaminzalik..
sesungguhnya,kita sbg manusia,kta plu la wt pkara yg di dlm keredhaanNYa
cs
April 3, 2009   10:17 PM PDT
 
to kak tie<--lawonyer langsirrrrrrrrr...
JIJAH.COM
March 19, 2009   08:32 PM PDT
 
KAK SCARLET..KEMBALI MENGGANAS KE?ER WALAUPUN SY TAKUT NGN KUCING, TP TAKDELAH SMP NAK SAKITKAN DEPA..TAK SAMPAI ATI..PIHAK DBKL TU MMG TAK ADA BELAS KASIHAN..
YA RESPEK KAT KAK SCARLET NGN KAK E YG SYG NGN SPEND DUIT, MASA DLL TUK KUCING..I RESPEK U LAHHHH...
Dakjaat
March 7, 2009   05:04 PM PST
 
banggang punya manusia yang buat macam tu ... masih idup lagi ke kucing tu?? ... =(
SepupuBradPitt
February 28, 2009   12:52 AM PST
 
aslkm,nice blog walking.Erm nak jemput tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye
Namekaktie
February 21, 2009   09:47 AM PST
 
betul kan...kejam sungguh. em saje nak tunjuk langsir baru kaktie kat cs...kih kih.cantik kan...kan
cs
February 16, 2009   10:49 AM PST
 
betul tu nun...takpe takpe lagi panjang lagi bagus ..bersamalah kita menyayangi haiwan..hehehe
noon
February 13, 2009   01:28 AM PST
 
noon x tgk sbb x sumpie hati nk tgk...
tgk iklan jerk dh pa'am....
setuju dgn statement nih :

"Setiap butir makanan yang diberikan kepada haiwan akan diiringi dengan doa haiwan tersebut kepada kita.Setiap rezeki yang kita kongsi bersama haiwan , rezeki kita kelak akan dipermudahkan Allah denganberlipat-ganda"

meh cini org DBKL tuh rs mcm mane relationship between human and animal kt umah noon...
klu tgk ayah noon yg biase bahasekn diri dier sbg ayah kt sume kuceng yg ade kt umah neyh mesti dorang lih pa'am plus akan rase tacing...
noon sendrik pn rs tacing jerk bile ayah bahasekan diri dier mcm tuh...
so no wonder why noon anggap kuceng kt cini sume mcm adik2 noon...even noon pn bahsekn diri noon as kak long...

binatang terbiar tak semestinyer dihapuskan...
bolih dirawat & dibela lagi wut...
noon pn ade kutip 2 ekor kuceng dr pekan...
tak penah pn rs jijik same dorang mase mula2 dorang sumpie umah neyh dulu....
lg simpati ade la tgk badan dorang yg kurus-kering & bulu yg comot tuh...
Al-Hamdulillah masih lg hidup sumpie skrg dan maken chomey...!

erkkk panjang nyer comment noon...
dh mcm karangan plak...
HeHeHe...sowei cs.....


ends at Thursday, February 12, 2009 11:21 pm (Cik Scarlet)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry
Next Entry
Home

Blogdrive Templates