T h e S c a r l e t L e t t e r - ♥love you...
Welcome to THE SCARLET LETTER
Sunday, March 23, 2008Y
fifi caby


gambo

Ini FIFI .
Fifi berumur 7 tahun
Fifi sungguh montel dan muncit.
Tiap ari Fifi suka makan .
Fifi juga suka senyum.
Fifi senyum sampai ke pipi kalau cikgu tegur Fifi.
Fifi tau cikgu suka fifi sebab Fifi cumel.
Peyut Fifi macam pegnen 9 bulan.

gambo

Cikgu suruh Fifi diet.
Sebab Fifi ade penyakit kencing manis.
Cikgu selalu bebel kat Fifi.
Cikgu selalu picit badan Fifi yang tembam.
Cikgu selalu cubit pipi Fifi yang montel.
Cikgu selalu pesan suruh Fifi belajar rajin - rajin.
Fifi sayang cikgu.
Cikgu sayang Fifi.

P/s Next week aku akan out station ke Kuala Terengganu...tak akan jenguk blog dlm seminggu.Fifi akan jaga blog neh...korang jgn nakal - nakal. Nanti FiFI DEBIK.




Dah komen (16)

ends at Sunday, March 23, 2008 01:54 am (Cik Scarlet)

Sunday, March 16, 2008Y
Olrac onir

        On the way balik dari PD haku singgah jap kat Pusat membeli belah kesukaan ramai iaitu SOGO. Hajat hati hendak membeli handbag baru sebagai medium penyuntik semangat kepadaku setelah ketensionan melanda di dalam cuti ini. Akhirnya aku telah memilih si 'cumel' itu . Actually aku duk intai-intai BONIA , pastu tgk dalam purse budget tak cukop .. siyan aku kan.

        Pastu F ( cousin aku ) suh pilih yg kat CR je sebab harganya lebih bersesuaian dengan ketebalan duit di dalam purse aku . Pilih punyer pilih aku terbekenan yang kaler ala ala pink peach nih. Sweet sgt.Promoter situ promote pulak suh beli purse CR sebab ade offer 40 %, aku pun teruja dan bersetuju untuk membeli purse  CR yang matching dgn handbag tuh. Cumel tak mereka tuan2 dan puan2?

gambo

Aku dah meloncat kegedikkan nakkan hanbag n purse itu..So terpaksalah aku meminta bantuan bf aku iaitu encek S_an_a_d Ch_rt_r_d  membayarkan untuk aku..Banyak lagi pattern yang lain tapi aku tetap mahukan yang ini sebab kalernyer yang sweet dan amat sesuai dengan keremajaan jiwa aku yang dah tak berapa nak remaja ini.

gambo

Tag CR yang neh dalam bentuk bunga yang sungguh cantik , rasa seperti mau saja aku kunyah-kunyah bunga bunga itu.Rambang mata sebenarnya kat situ, kalau aku kaya dah lama aku beli satu SOGO tu. Isnin ni bolehllah aku menonggek bawa handbag  n purse baru..akakakaka( gelak jahat)...

gambo

Purse ni after discount dapatlah dalam rm 80 sumting, compartment nyer banyak, maklumlah aku nak bubuh banyak bussines card ... kad courts mammoth pun ade oi..Gambar ic terpaksa aku tutup kerana tersangatlah cunnyer aku dalam gambar tersebut. Agaknya masa aku tangkap gambar tuh aku baru lepas makan MAURIPAN.Gebu semacam muka aku..macam kuih pau Ahmad.

gambo

Jam tu cumel kan , harganya murah sgt..aku ni tak kire, barang yang aku suke tak kire murah atau mahal aku akan tetap dapatkan. Bekas isi henpon kaler pink tuh dah lama aku beli sebenarnya ..saje aku masukkan dalam entry ni sebagai hiasan. korang ingat masakan je ke ade hiasan?

Aku tak sempat nak usha kasut ...len kalilak aku usha kasut. Gaji next month aku dah aim perfume ISSEY MIYAKE tuh...tunggu kau!( Kalau tak dpt next mnth pospone ke bulan-bulan yang seterusnya..)Sape yang bermurah hati nak sponsor aku? aku amat mengalu-alukan..



Dah komen (39)

ends at Sunday, March 16, 2008 01:54 am (Cik Scarlet)

Tuesday, March 11, 2008Y
k

Lihatlah wajah ketensionan mimi n bobby setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga. Untuk mengembalikan semula mood honeymoon kepada haiwan-haiwan in aku telah menempah tiket berbulan madu di ke bali khas untuk mereka. Aku sengaja sumbat dieroang dlm bekas tuh untuk mudah aku mendapatkan shoot yang sesuai...maklumlah bobby tuh terlebih sgt aktif..agaknya mak si bobby dulu terlebih makan jajan gamaknya.

gambo

Demi cintaku padamu...ku korbankan jiwa dan raga..buuuuuuuulan madu di awan biru...tiada yang mengganggu..buuuuuulan madu di atas pelangi...hanya kita berdua...dan seterusnya ialah acara yang dicensored..

gambo
 
Hasil dari honeymoon itu , mimi telah mengandung dan akhirnya pada 6/ 2 /2008 beliau  selamat melahirkan baby yg cute dengan cara normal tanpa bantuan doktor dan jururawat( masa tu aku kat skool, balik sekolah je tgk mimi dah terbungkang dengan 5 anak duk mengelinjang nak susu).

gambo

Ini setelah kitten ituh berusia 1 minggu , sungguh kuat bebudak ini menyusu sehinggakan dengan mudah sahaja mimi kembali ke saiz 36 24 38. Aku terpaksa memberikan mimi susu agar tubuhnya tidak terlalu lemah.Maklumlah beliau perlu berpantang ..makan nasik ngan lada itam + ikan masin...pastu menom kopi ngan beskot kering. Bulu bebudak itu juga telah kering dan terserlahlah kecumelannya sedikit.

gambo

Gambar ini pula ketika bebudak ini sudah berusia 2 minggu , aku letak dalam carrier ni untuk menjadi santapan mata aku di depan tv...geram sungguh rasa macam nak kunyah kunyah je anak kucen ini.

gambo

Carrier itu sudah tidak muat setelah usia mereka mencecah 3 minggu...wajah mereka ini telah mula terserlah ke'kembang'annya . Bekas tu buat syarat je , ade yang dah pandai panjat dan terjun tiruk dari bekas tersebut sambil menjerit' aku ingin bebaslah mangkuk'. Sebenarnya aku letak dieroang ni dalam cage 3 tingkat yang aku beli dalam rm 300...mahal nak mamp*s kan. Aku dah aim satu cage kat kedai tu yang berharga rm 700...nampak sungguh best cage itu ( rasa macam aku lak nak masuk dlm cage tuh).Cage itu sungguh best kerana ianya banyak tingkat seperti kek perkahwinan.

gambo

close up si snowie , mulot tuh nampak comot sebab asik menyonyot susu mak dier 24 jam...pantang lapo sikit menjerit cam tarzan! geram nak ramas jer budak neh.

gambo

Alolo nak kuar ye cek kak...snowie dalam cubaan untuk membebaskan diri. Antara semua anak tucen neh...snowie yang paling kecik.Nampak cam lembab je..tapi kalo time jerit dialah nombor 1.

gambo

Snowie lagi...

gambo

Yay nampak tak sigemuk ini? namanya ialah dora ataupun nama penuh dalam surat beranak ialah DORAEMON..Korang pun tentu paham kenape aku namakan dier neh nama camtu kan..kalo pegang dier neh rasa isi je..susah nak carik tulang.Menom susu jer kejenya.

gambo

Akakaka..gambar ni nampak dora neh cam alien jer...flash dari hp neh membuatkan mata depa neh menjadi kaler meyah meyah. ..penyet kang!

gambo

Sedang merebut pu*ing mak dier. Ape pandang pandang dora? ade utang ke? eleh

gambo

Ini plak namanya panda , bulu dia yang ala ala beruang panda tuh membuatkan aku terfikirkan nama itu.  Kalo ade yang macam beruang koala pun pasni aku nak namakan koala.

gambo

panda again..


gambo

This is pika , atau realnamenyer pikachu. Si gemuk kedua selepas Dora , Mukanya sungguh comel dan mempunyai pandangan yang menggoda.

gambo

Pika lagi..

gambo

Tiger yang amat susah untuk disnap gambarnya.Aku terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan angle yang sesuai. Kejap kejap lari jer budak tiger neh.

gambo

Akakakaka...lawak tul tgk muke makhluk 2 ekor neh( pika dan dora ). Pandai pandang camera tuh ..besar nanti ada gaya boleh jadi next malaysian top model nampaknyer...yeyeyh pakcik kayo!

 gambo

Makhluk 2 ekor ni pulak teramatlah sukar untuk dsnap pic mereka. Mungkin cita-cita dieroang ni besar nanti nak jadi blogger ataupun cikgu jer kot..huhuhu

p/s..nanti aku akan update lagi latest pic dieroang k ..maklumlah skang dieroang dah berusia sebulan lebeyh...muka semua dah kembang semangkuk...body pun memasing dah macam bodybuilder, Akhirkata silalah saksikan aksi mereka di dalam youtube neh...abaikan suara suara sumbang yang korang dengar sepanjang menonton video ini yea.






Dah komen (29)

ends at Tuesday, March 11, 2008 12:07 pm (Cik Scarlet)

Thursday, March 06, 2008Y
bengang! 18 SG

Bengang tahap dewa 19 rasanya aku arini...arghhhhhhh! geram!. Cemane aku nak mulakan ayat untuk entry nih pun aku tak tau kerana tahap kegeraman yang telah mencapai kelajuan 450 km sejam.Ekceli cenggini..!~

        Ade ke patot muke haku yang langsung tiada ciri-ciri seorang ostazah didesak untuk menjadi guru pengiring mengiringi murid ke perkhemahan puteri islam peringkat hape tah( aku malas nak amik tau). Aku menjadi sungguh blur apabila ade seorang kakak neh bagitau yang nama aku naik untuk jadik guru pengiring ke perkhemahan tu...Lol, pehal lak aku...kesian kakak yang bagitau aku terkena panahan laser mulutku ini!( bukan salah diapun..dia cuma menyampaikan je).

         Aku siap amik buku panduan kokurikulum n tunjukkan yang nama aku tak tersenarai langsung sebagai guru puteri islam. Yang aku pelikknya dalam list nama tu ade tersenarai nama 20 orang ostazah n guru yang terlibat dengan puteri islam..napelak sekor pun tak kene pegi..pehal aku lak! ( ataupun memang muke aku neh memang ade ciri ciri wanita solehah..cewah )!~



reason aku:~

1) nama aku memang  takde dalam senarai guru pembimbing puteri islam ( tolong sikit eh! aku guru pembimbing pasukan pancaragam yang termasuk di dalam unit beruniform kat sekolah aku). Aku bukan bermaksud tak suka puteri islam...it's not wut i mean,aku cume geram coz bile camping semua ostazah tersebut men pas pas suh orang lain pegi. Pasal lak dieroang tak boley pegi? banyak alasanla ko!malasler tu..huh.

2) ade ke patot boleh gpk koko haku yang sengal tu kata aku kene pegi coz aku bujang..Dah tu kalo perkhemahan lain tu boleh anto cekgu yang dah beranak pinak,siap bawak buaian coz nak melaksanakan tugas, pesal lak ostazah ostazah tuh tak boleh? bukannyer nak suruh ko bukak sana bukak sini kat perkhemahan tuh. Lagipun bukan aku sorang yang bujang...ade lagi yang bujang yang lain...( aku taula aku jelita sebab tu korang bubuh nama aku kan!).Rasa cam geram nak kasi penumbokkk jer ni!..tapi satu yang aku pasti kalo aku kawen nanti, tetap aku gak yang kene pegi..grrrr

3)aku tanak pegi coz bukan bidang aku...dah terang-terang ostazah ostazah itu mempunyai ilmu agama yang cukup untuk membimbing murid menjalani kehidupan cara perkhemahan bercorakkan islam...kenapelah anto aku yang jelita dan seksi ini untuk  iringi bebudak tuh!..korang neh memang banyak alasan, nak main lepas tangan jer..nak duduk bawah aircond jer...nak duduk bawah payung...banyak songeh!pastu nak duduk bawah ketiak laki..anak dah besar panjang bukannyer nak kene basuh berak kencing pun, tinggal jela kejap..takpun bawak je gi camping tuh.Sedapla korang ek..nak pilih pilih keje!

Pesal plak kak m(senior kat sekolah aku) tuh boleh je pegi camping tanpa banyak alasan...sorry to say lah wahai ostazah, korang memang banyak alasan..nak control cun je kan!Ostazah bujang tu pun ade, ostazah takde anak pun ade....dahle tak pegang kelas..keje tak banyak , takde langsung nak mengofferkan diri nak pegi camping tuh..nyampah

4) aku tanak diperkotak katikkan , gpk koko haku yang sengal itu paksa aku pegi camping yang aku memang tak terlibat! yang orang sepatutnyer terlibat tak plak di desak..Aku percaya sah ostazah kat sekolah dan daerah lain walaupun dah kawen dan beranak pinak tetap pegi ke perkhemahan tu demi tugas...cume yang kat sekolah aku ni yang berlemak lemak!

5) aku banyak keje ( keje aku pun bersepah ..nak tolong settlekan keje org plak?!!!!! )sorry naik lorry ler beb!

6) aku pun ade hal peribadi dan sessi memanjakan diri ( bluwekkk )

Tapi aku sungguh seronok kerana telah meluahkan perasaan aku pada gpk 1 , n dia paham ape yang aku protes ( dia siap kata ..akak tekejut tgk awak marah tadi..tak penah tgk awak marah camtu ). Akakaka..dalam ati aku kata ( akak blom tgk sy menjadi predator di dalam kelas sekiranya murid nakal dan saya juga boleh menjadi alien untuk melenyek muke org yang menyakitkan ati saya itu sehingga menjadi lempeng yang rangup)

P/S ..jangan tuka cenel tv anda..sorry ler coz haku dah geram sgt, terimalah seadanya ayat aku yang berunsurkan 18 SG  neh! Puas ati aku..





Dah komen (22)

ends at Thursday, March 06, 2008 11:40 pm (Cik Scarlet)

Sunday, March 02, 2008Y
huh!

Dear Tech Support Team:

Last year I upgraded from Girlfriend 5.0 to Wife 1.0.
I soon noticed that the new program, Wife 1.0 installed itself into all other programs and now monitors all other system activities.
Applications such as BachelorNights 10.3, Football 5.0, DrinkWithBuddies 7.5 , and Outings 3.6 no longer runs, crashing the system whenever selected. I can't seem to keep Wife 1.0 in the background while attempting to run my favorite applications.

I'm thinking about going back to Girlfriend 5.0 , but the 'uninstall' doesn't work on Wife 1.0.

Please help!

Thanks,
"A Troubled User"


REPLY:


Dear Troubled User:

This is a very common problem that people complain about.
Many people upgrade from Girlfriend 5.0 to Wife 1.0 , thinking that it is just a Utilities and Entertainment program.
Wife 1.0 is an OPERATING SYSTEM and is designed by its Creator to run EVERYTHING!!!
It is also impossible to delete Wife 1.0 and to return to Girlfriend 5.0.
You cannot go back to Girlfriend 5.0 because Wife 1.0 is designed not to allow this.
I suggest installing the background application "Yes Dear" to alleviate software augmentation.
The best course of action is to enter the command C:APOLOGIZE because ultimately you will have to give the APOLOGIZE command before the system will return to normal anyway.
Wife 1.0 besides running the sharing program LetsMakeChildren 3.6, comes with several support programs, such as Clean 2.5, Sweep 3.0, Cook 1.5 and DoLaundry 4.2. However, be very careful how you use these programs. Improper use will cause the system to launch the program NagNag 9.5 . Once this happens, the only way to improve the performance of Wife 1.0 is to purchase additional software. I recommend Shopping 2.1 or Jewellery 5.0

STATUTORY WARNING : DO NOT, under any circumstances, install Secretary With ShortSkirt 3.3 . This application is not supported by Wife 1.0 and will cause irreversible damage to the operating system.

Best of luck,
Tech Support ...


p/s just nak share emel nih..it's funny..the truth is out there



Dah komen (4)

ends at Sunday, March 02, 2008 10:06 am (Cik Scarlet)

Sunday, February 24, 2008Y
pinkaholic

            Comel tak ' tempat berenang' aku ni? Cepat kata comel..kalo tak siapla korang. Aku dah lama idamkan bedsheet yang sweet macam ni . Kebetulan dah jumpe terus aku sambar. Aku sebenarnya memang cerewet bab cadar ni .. aku akan pilih thread count dier tak boleh bawah 300.

         Bab lain takpe tapi bab bedsheet nih memang aku nak yang paling bes..kalo tak mesti takleh tido.Skang aku da gile beli bedsheet + comforter( walaupun umah aku tak sesuai pakai comforter sebab asyik musim summer jerk).

         Pastu cadar mesti kene tukar 2 minggu sekali..kalo tak siaplah aku mimpi horror horror punyer.Selain cadar nih aku teramat sgt sayang cadar chester gold n jean perry becoz materialnyer sgt soft n kaler dier sweet sgt. Apepun pastilah aku akan beli yang ade kaler pink + white or cream..

gambo

Siap ade bantal powerpuff gurl plak tu, bilalah aku nak matured ni?

gambo

Zooming...cumelkan dia, sungguh sweet n bile aku menghempaskan badanku yang solid ini keatasnya , aku terasa sungguh bahagia sekali..


gambo

Pandangan sisi..walaupun tak berape matching dengan curtain tapi adelah sikit tempias  bau2 basyam..kan kan.


gambo

Meja solek yang agak messy.. aku main susun je perabot dalam bilik ni, kalau org cina ni sahler cakap feng shui bilik haku nih tah hape hape..caca marba.


gambo

Close up..ekceli bedsheet tuh adalah 2 dalam 1, bleh juga gune as a comforter. Rumah haku panas sey, mau berpeluh-peluh tido bawah tu..tak payah pegi sauna setahun.


gambo

Nampak tak alas kaki yang kaler pink itu. Sungguh cute sampaikan memula guna tu aku sedih giler nak pijak.


gambo

Disinlah tempatnya aku membuat kerja-kerja sekolah , chatting, blogging, surfing. Nampak tak pic dalam frame tuh..it's me ( gurl in pink)...Aku mendambakan lappy pink sony..urgh tulun!

 

 




Dah komen (32)

ends at Sunday, February 24, 2008 12:53 pm (Cik Scarlet)

Sunday, February 17, 2008Y
Sukan lagi ( part 2 )

Entry yang lepas aku dah ceritakan tentang rumah merah , tidak adil rasanya jika tidak ada cerita tentang rumah sukan yang lain dan acara semasa sukan. So entry ini akan merungkaikan segala-galanya..check it out.

gambo

Hey!hey!you!you!merah yang perkasa,maju maju bersemangat waja ,hey!hey!you!you!merah yang perkasa ( sila nyanyikan lagu ini mengikut melodi lagu avril lavinge 'girlfriend').


gambo

Comel-comel tol bebudak rumah biru , Semua duduk elok elok coz cikgu surinder baru lepas marah.

gambo

Rumah kuning,walaupun kedudukan mata hanya tempat ketiga , namun semangat tetap ada..


gambo

Hijau adalah juara keseluruhan..Atlit kebanyakannya adalah dari rumah hijau


gambo

Merah dengan tema gong xi fa cai..dalam bakul tu penuh limau mandarin..yummy


gambo

Kuning dengan temanya digi ( kesian maskot tuh berpeluh peluh).Tapi ade ke maskot digi pakai tali pinggang WWF akakaka..


gambo

Hijau bertemakan alam sekitar (cantikkan rerama tu) pandai rumah hijau ni ..curik payung boria ek!


gambo

Aler napela spanduk rumah biru tu simple sangat? tulisan sapelah yang tak berape gojes tu ha? apepun bebudak tahap 1 tu memang cute (perbarisan rumah lain menggunakan murid tahap 2)


gambo

Aritu dah bubuh gambar ni, tapi tak kire nak bubuh jugak sebab cantik. Sebab ade megat yang kelemasan itu. Rumah merah dapat pujian di padang sebab cute( tapi pengadil tu saje nak mainkan perasaan aku dan cikgu rumah merah yang lain je) bagi markah banyak kat rumah kuning lak..ampeh


gambo

Comelkan bebudak tahap 1 yang mewakili perbarisan rumah biru ni, aku suke tengkolok diaorang tu..tajam sey.


gambo

Yang anggun tersenyum tu bukan budak tau, itu mak budak (kak muzi yang kreatif). Aku tgh syok snap pic rumah hijau tetibe je menonong kak muzi ade depan skrin..hihi


gambo

Huh kuning ! topi ahli sihir ni oi...selendang tu macam kenal je, pinjam selendang diikir barat!


gambo

Merah anggun, lawa, cantik, beautiful, gorgeos kan kan ( ayat pilih kasih). Ramai yang kata merah boleh menang perbarisan tapi nak buat cemane takde rezeki.


gambo

Biru sungguh cute..terutama si pemegang bendera ( haidir pengawas SPBT ku yang manis itu) .


gambo

Hijau pun lawa, baju siap pinjam baju tarian lagi, pastu payung pinjam boria..takpe takpe tahun depan merah pun nak pinjam gak..mane aci.


gambo

Lawa pula si ayuni(pembawa sepanduk)  tu bila dah disolek, kuning punyer kain rentang tuh sapelah yang buat..ade ke pilih kaler hitam..pastu cam conteng -conteng jer( jangan marah kang cepat tua)kasi budak tadika pun boleh buat cenggitu..huhu


gambo

Pasukan pancaragam sekolah atas bimbingan encik N yang amat dedikasi tu( sorryler bang N coz tak dpt tolong). Kalau korang dengar bebudak ni men instrumen tuh sah korang bangga tau..Encik N nih pernah dipuji oleh komposer LY tau.


gambo

Acara balapan..murid seolah berlari-lari diatas sawah(lecak sungguh padang tuh).Bau kaki pun dah macam bau taik lembu.


gambo

Acara untuk kaum wanita dinamakan 'musang berjanggut'. Berbagai jenis kacang(kacang hijau,kacang tanah, kacang merah,kacang kuda..n bla bla) dimasukkan ke dalam pinggan, tugas peserta ialah mengasingkan kacang tersebut mengikut jenisnya..siapa cepat dia menang.


gambo

Acara untuk kaum lelaki pula ialah mengambil guli di dalam tepung cekodok..yuck!Peserta diikat tangan seperti banduan kemudian mulut dingangakan untuk mengambil guli - guli..uih sedap!Siapa yang berjaya mengosongkan semua guli di dalam dulang dikire pemenang.


gambo

Acara untuk kanak-kanak dibawah 7 tahun pula ialah merebutkan gula-gula. Yang pakai baju pengakap tu macam mana pulak terlepas masuk ke gelanggang tu pun aku tak paham. Kelakar acara ni coz mak budak yang sebok masukkan gula gula dalam baju..


gambo

Acara jemputan pula ialah persembahan tembak tembak oleh abang abang askar yang gagah itu. Syok woo..bebudak suka sangat tengok abang askar neh buat persembahan. Aku pula siap mengalahkan bebudak..duduk depan sekali tau.

Kedudukan rumah sukan

First - hijau

second -merah

third - kuning

fourth - biru

 

Kedudukan perbarisan rumah sukan

First - kuning

second - merah

third - biru

fourth - hijau





Dah komen (20)

ends at Sunday, February 17, 2008 01:54 am (Cik Scarlet)

Saturday, February 16, 2008Y
Mungkinkah...

Mungkinkah-sheila ...

Mungkinkah
by Sheila Abdull

Seperti ada yang tak kena
Disaat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku menggangu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin Mengenalimu
dan tahu ku Menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak terasa
Perbezaannya.

 Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah.

p/s  If it's fate....must be



Komenlah

ends at Saturday, February 16, 2008 04:41 pm (Cik Scarlet)

Sunday, February 10, 2008Y
RED IS GREAT

      Pada 5/2/2008 bersamaan hari selasa yang lalu telah berlangsungnya sukan sekolah kali ke * ( tak ingat ). Setelah bertungkus lumus menyiapkan murid-murid dari segi rohani dan jasmani serta menyiapkan peralatan yang berkonsepkan perpaduan kaum akhirnya sampailah masa untuk mempersembahkan segalanya.  Perbarisan kali ini akan diadili oleh dif dif kehormat( ala wakil PIBG je).

      Rumah merah hanya mendapat tempat kedua dalam perbarisan ini ( aku rasa pengadil tu rabun rabun cimpanzi la). Rumah kuning yang menciplak idea dari sekolah lain pula mendapat nombor 1 ( huhu jangan mare ).Bahiz kalo ko bace entry ni.. syyyyyyyy( rahsia kita je tau ).

      Apapun aku puas hati..biarpun tak menang namun segala usaha dan kerjasama antara guru-guru rumah merah yang padu membuatkan kami merasakan kami adalah pemenang. Red is Great .

gambo

Merahnya mak ngah , konsep perpaduan sempena gong xi fa cai diterapkan bagi perbarisan kali ini. Cute pulak tengok 4 orang model memperagakan busana perpaduan.

 gambo

Tanglung oo tanglung . Hensem tak bebudak ni pakai topi koboi tuh? Topi tu kak zie beli dengan harga seringgit. Tahun depan cadang nak buat tengkolok.

gambo

Merahnya mak ngah, macam zaman dulu-dulu ( dialog iklan ASN time kita kecik kecik dulu). Murid pompuan yang bawak sepanduk besar kat belakang tu berpeluh ketiak coz kene angkat sepanduk tu tinggi-tinggi..kesian.


gambo

Ala kesian si megat tu kepanasan , dahle matahari terik..kene lak pakai baju melayu siap bersamping dan bersongkok . Padang agak lecah , kaki bebudak ni kalau di perhatikan betul-betul macam orang pergi bersawah.


gambo

Ketua perbarisan yang sangat berdedikasi. Aku suke tul si yasirul yang gagah berani tu, apa saja arahan aku mesti dia patuh. Tengok perbarisan rumah merah yang berdisiplin itu ( berdiri tegak je tak macam rumah rumah lain). Murid perempuan yang bawak sepanduk bertulis merah tu adalam murid  berbangsa india kacukan. Namanya Jacinta n she's beautful.

gambo

Asyik-asyik muka megat..hehe, Siap berkepit dengan si pembawa bunga manggar tu.


gambo

Tengok atas meja aku ni, penuh dengan barang rumah merah . Sampai tak nampak langsung permukaan meja.

gambo

Muka penat atlit rumah merah . Tapi berbaloi kerana rumah kuning tidak berjaya memintas kedudukan rumah merah dalam acara sukan. Second is not bad.


gambo

Khemah peserta terpaksa dialihkan di atas jalan masuk ke sekolah ( berbatu kecil). Ini adalah untuk mengelakkan murid  bermain lumpur di tengah padang yang lecak.Sekurang-kurangnya murid dan guru berasa selesa untuk berada di dalam khemah.


gambo

Baca ikrar semasa raptai. Sorrylah sebab aku tak susun gambar ni bebtoi. Malaslahhh.


gambo

Red is great. THANKS TO ALL terutama semua cikgu rumah merah yang telah bertungkus lumus ( minus sorang dua cekgu yang malas turun padang tuh...hampeh punya olang). Merah Merah Merah ..Tahun depan kita buat yang lagi best oke.

 

p/s ini baru entry pasal rumah merah, entry seterusnya tentang sukan dan persiapan perbarisan rumah biru,kuning,dan hijau  akan aku postingkan di entry yang akan datang.





Dah komen (14)

ends at Sunday, February 10, 2008 02:35 pm (Cik Scarlet)

Sunday, February 03, 2008Y
whoopss

Alo readers..my page is under construction...tadaa
Ekceli nak update tapi aku terlalu busy dengan latihan sukan pagi n petang, acara sebelum sukan,minit mesyuarat, ETR dan sebagainya( kalo nak disenaraikan maybe tak cukop page). Korang pun sah malas nak bace. Mesti ade yang pening coz aku selalu bertukar layout baru kan, aku memang cenggitu...cepat bosan dengan sesuatu. Kalau aku menjumpai sesuatu yang lebih baik..aku akan cepat cepat je sambar n pakai. Mood aku skang ialah warna yang lembut seperti pink , putih, biru lembut ...pendek kata aku suka kaler yang plain , simple n soft.

        Siang tadi member-member rumah merah datang bertandang ke rumah aku untuk menyiapkan peralatan rumah merah . Temanya ialah gong xi fa cai ( mujur tak ada kepala naga n si perut gendut tu ). Aku ngan kak lin pegi beli barangan bertemakan gong xi fa cai tuh di pasaraya yang berdekatan. Kelakar pulak aku tengok reaksi beberapa orang yang berbangsa cina apabila menyedari kehadiran kami di situ. Aku dengan semangatnya telah berebut-rebut barangan yang mempunyai potongan harga..potongan hingga 70 % tu..Nanti aku akan apdet lagi tentang persiapanrumah merah  dan hari sukan sekolah besertakan gambar yang menarik oke...babai!~



Dah komen (16)

ends at Sunday, February 03, 2008 02:53 pm (Cik Scarlet)

Previous Page
Next Page

Blogdrive Templates